HBO Asia bakal memperkenalkan program The Night Of dan Ballers kepada penonton di rantau Asia termasuk Malaysia secara percuma pada Julai ini. Siri lapan episod itu mengangkat kisah pembunuhan rumit yang berlaku di New York, Amerika Syarikat (AS) dan akan disiarkan serentak dengan Amerika Syarikat pada 11 Julai ini, jam 9 pagi.
Penonton bukan pelanggan Astro pula berpeluang menyaksikan episod pertama siri itu di laman sesawang rasmi HBO Asia dan saluran media sosial YouTube pada 18 Julai ini. Siri The Night Of dibintangi John Turturro dan Riz Ahmed berdasarkan drama British, Criminal Justice.
Ia mengisahkan pelajar kolej keturunan Pakistan, Nasir Khan yang memandu teksi milik bapanya menghadiri sebuah parti di Manhattan, Amerika Syarikat. Namun, keseronokkan Nasir berubah menjadi mimpi ngeri apabila dia ditahan atas tuduhan membunuh.
Pada 25 Julai pula, episod pertama Ballers yang mengisahkan kehidupan sebenar pemain bola sepak boleh disaksikan di laman sesawang rasmi HBO Asia. Drama itu dibintangi Dwayne Johnson sebagai bekas pemain popular Spencer Strasmore yang kini menjadi pengurus kewangan pemain di Miami.
Dalam Ballers, Strasmore berdepan kesukaran apabila terpaksa berdepan dengan pengurus perniagaan terhebat dalam sukan bola sepak. Rakan serta pelanggan Strasmore pula masih berusaha menyelesaikan masalah peribadi masing-masing.
Sementara itu Ricky pula masih menyesuaikan diri sebagai ejen bebas, sambil mencari bapanya yang sudah lama menghilangkan diri. Charles pula berusaha membahagi masa antara tanggungjawabnya sebagai bapa dan pemain bola sepak. Diilhamkan Stephen Levinson, siri komedi hit HBO ini akan disiarkan pada jam 10 pagi serentak di Amerika Syarikat dan Asia.
0 comments:
Post a Comment