Pemandu bas ekspres yang merempuh 10 buah kereta dalam kejadian di Kilometer 265.8 Lebuh Raya Utara-Selatan ketika menuruni bukit selepas Terowong Menora kelmarin ditahan reman empat hari.
Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 51 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Ng Geok Nee di Mahkamah Majistret di sini semalam bagi membantu siasatan berhubung kemalangan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, semakan mendapati suspek mempunyai sembilan saman iaitu melanggar had laju, memandu perlahan pada lorong kanan dan menghalang lalu lintas.
0 comments:
Post a Comment