Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengesahkan dia masih Ketua Menteri Pulau Pinang selepas memaklumkan bahawa urusan Kerajaan DAP Pulau Pinang akan berjalan seperti biasa walaupun berdepan dua pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi, di sini, pagi semalam.
Beliau berkata, keputusan sama ada beliau akan bercuti atau melantik pemangku Ketua Menteri masih bergantung kepada mesyuarat parti yang akan diadakan kelak.

Ketika ditanya wartawan samada beliau digari ketika ditahan, beliau menjelaskan bahawa beliau tidak diperlakukan sedemikian.
Guan Eng hari ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan berasingan kerana meluluskan permohonan perlingkungan semula zon pertanian kepada zon perumahan awam mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan satu lagi pertuduhan kerana membeli banglo pada harga bawah pasaran, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574).
0 comments:
Post a Comment