Bergaya menarik buat jejaka aktif bukan terletak pada pemakaian baju dan dandanan rambut saja, malah padanan kasut yang sesuai banyak membantu menonjolkan penampilan yang tampan dan kemas.
Mungkin ramai yang kurang menyukai padanan jubah bersama kasut but, tapi jika dicuba pastinya ia tidak mengecewakan. Malah, penampilan tampak lebih kemas dan menarik perhatian. Namun, padanan warna kasut biarlah kena pada rona pakaian yang digayakan dan mengikut personaliti diri sendiri agar selesa dipakai sepanjang hari ketika berkunjung ke rumah sanak-saudara pada musim perayaan ini.
Bukan itu saja, kasut but juga tampak menarik apabila digandingkan bersama kurta dan denim ataupun seluar slack agar penampilan tampak lebih memukau.
Bagi peminatnya, koleksi yang ditampilkan oleh jenama pemborong, pembekal dan pengedar kasut bundle berjenama, AYoasia ini boleh didapati secara dalam talian di www.ayoasi.com. Menariknya, pelbagai pilihan kasut bundle berjenama luar negara dan terkemuka boleh didapati termasuk koleksi edisi terhad serta sukar didapati di kedai biasa.
Bermula daripada kasut jenis oxford hinggalah but, semua koleksi yang ditampilkan masih dalam keadaan baik. Tanpa perlu risau dengan kualiti yang diperoleh kerana jenama berkenaan menyediakan khas individu yang pakar dalam menilai kasut bundle.
Ia bagi memastikan kualiti dan penampilan kasut yang dijual kepada umum masih dalam keadaan baik sekali gus memberi kepuasan kepada si pemakai.
0 comments:
Post a Comment