Theresa May will akan menjadi Perdana Menteri baru Britain mulai Rabu ini selepas pencabarnya Andrea Leadsom menarik diri secara tiba-tiba hari ini dalam persaingan menggantikan David Cameron.
Cameron kemudian mengumumkan May akan mengambil alih tugas sebagai perdana menteri mulai Rabu, apabila Cameron dijangka menghadap Ratu Elizabeth II untuk mengemukakan surat peletakan jawatannya serta mencadangkan Setiausaha Dalam Negeri itu sebagai pengganti.

"Tiada usaha untuk kekal dalam EU, tiada usaha menyertai EU melalui pintu belakang, tiada pungutan suara kedua,” katanya dalam kempen.
May, 59, akan menjadi Perdana Menteri wanita kedua Britain selepas Margaret Thatcher yang mentadbir pada 1979 hingga 1990.
0 comments:
Post a Comment