Lewat hari ini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima tamparan hebat apabila Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam membatalkan jemputan Istana Negara untuk Majlis Pertabalan Yang DiPertuan Agong ke 15 terhadap beliau.
Berita ini nyata amat sukar diterima oleh PPBM sehinggakan Ketua Armada Pemuda PPBM, Syed Saddiq bertindak seperti pengemis merayu mana-mana jemputan orang kenamaan untuk "menyedekahkan" dua buah kerusi untuk Mahathir dan isteri pada majlis berkenaan.

Alasan yang diberikan oleh Syed Saddiq adalah, Mahathir seorang Negarawan dan sewajarnya Mahathir dilayan sebagai seorang yang paling banyak berjasa kepada negara. Sesuai dengan adat Melayu, Mahathir wajar diberikan penghormatan tertinggi atas segala yang telah dikorbankan untuk memajukan negara sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.
Nampaknya, title beliau sebagai pendebat terbaik Asia kini hanyalah satu omongan kosong. Paling utama, Syed Saddiq telah menyerlahkan kebodohannya hanya kerana ketaksubannya terhadap Mahathir dan mungkin juga mahu membodek Pengerusi PPBM berkenaan.
Mana mungkin Syed Saddiq tidak mengetahui protokol istana di mana semua tetamu DiRaja dipilih oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebelum ianya dipersetujui oleh sekreteriat majlis pertabalan dan di persetujui oleh bakal Yang DiPertuan Agong. Adakah Syed Saddiq tidak pernah belajar akan protokol istana sehingga bertindak seperti pengemis?
Tambahan pula, pada kebiasaannya, majlis pertabalan berkenaan hanya dihadiri oleh pihak kerajaan yang memerintah dan bukannya kesemua pihak pembangkang. Umum mengetahui bahawa Mahathir kini berada di pihak pembangkang dan ianya menjadi alasan paling kukuh bakal Yang DiPertuan Agong menolak kehadirannya.

Berhentilah Syed Saddiq menunjukkan kebebalannya tentang adat istiadat istana. Sudahlah sebelum ini dia sengaja mencari hal dengan Istana Johor, kini dia cuba pula memecahkan protokol Istana Negara pula? Adakah ini sahaja level yang ada pada Ketua Pemuda PPBM sehingga sanggup menjadi pengemis?
0 comments:
Post a Comment