My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 7 December 2016

    Tidak Mungkin Kami Khianati Barisan Nasional - MCA



    Beberapa buah portal hari ini memetik andaian daripada beberapa orang pemerhati politik berhubung kemungkinan MCA dan DAP akhirnya dapat disatukan hasil daripada usaha Chinese Trade Associations (CTA). Menurut beberapa laporan portal berkenaan, impian untuk menyaksikan Perdana Menteri dari kaum Cina mungkin akan terhasil hasil daripada perpecahan kaum Melayu itu sendiri.

    Ketika menghubungi sumber yang rapat dengan MCA yang namanya enggan disiarkan, beliau memberitahu, mana mungkin MCA akan mengkhinati kesepakatan yang terjalin sekian lama dengan kesemua parti komponen yang ada dalam Barisan Nasional.

    Beliau juga menyangkal sebarang usaha yang mungkin dijalinkan parti berkenaan dengan DAP hasil daripada orang tengah. Ujar beliau, MCA mempunyai pendirian yang cukup jelas serta cukup komited di dalam Barisan Nasional. Ujarnya, MCA bukan pengkhinat atau menjadi ejen pemecah kaum Melayu di dalam UMNO mahupun Barisan Nasional.

    Sejak dari awal penubuhannya, MCA adalah wadah dan suara kaum Cina di dalam kerajaan. Malah, MCA juga akur kepada Perlembagaan Negara yang telah meletakkan kaum Melayu yang beragama Islam sebagai Perdana Menteri yang layak untuk mentadbir negara dengan MCA akan memainkan peranan utama dalam membela nasib dan menjadi suara kaum Cina di dalam kerajaan.

    Justeru, adalah suatu perkara yang amat menghairankan, bagaimana boleh timbul isu MCA dan DAP berpakat mahu meletakkan seorang Perdana Menteri dari kaum Cina sedangkan idealogi kedua-dua parti itu sendiri jelas bertentangan.

    Benar, sejak akhir-akhir ini, UMNO dan PAS kini dilihat sudah semakin mengendurkan serangan antara satu sama lain. Namun jika ada pihak yang mahu mengaitkan MCA dan DAP menjalinkan kerjasama secara rahsia, ianya satu tohmahan yang langsung tidak berasas sama sekali.

    Walaupun kedua-dua parti ini berteraskan kaum Cina, namun harus di ingat, baru-baru ini, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir telah melancarkan serangan keatas MCA dengan tujuan untuk melemahkan parti komponen BN ini. Mahathir sedar, beliau gagal melemahkan UMNO secara total. Justeru, pada hemat beliau, MCA adalah sasaran mudah untuk mengalihkan undi kaum Cina kepada DAP.

    Ini semua adalah permainan politik kotor yang kini begitu giat diamalkan oleh Mahathir serta DAP. Seperti yang ditegaskan oleh sumber dalaman MCA, parti berkenaan tidak pernah terfikir mahu mengkhianati BN apatah lagi UMNO. MCA lebih realistik dalam kuasa di mana, perkongsian kuasa yang diamalkan sejak sekian lama sentiasa menjadi pegangan parti berkenaan.

    Usah hanya mengambil kira beberapa keputusan berlawanan antara parti berkenaan dengan UMNO untuk dijadikan rujukan semata-mata. Landasan perjuangan MCA masih kekal selari dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib dan tidak akan sesekali mengkhianati BN dan UMNO hanya kerana DAP atau apa jua tawaran yang mungkin dikemukakan oleh parti pembangkang berkenaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tidak Mungkin Kami Khianati Barisan Nasional - MCA Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top