Terbaru, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GMPS) mendesak Majlis Olimpik Malaysia untuk memboikot penyertaan Myanmar pada Sukan SEA yang dijangka bakal diadakan pada tahun hadapan. Langkah ini kata Presiden GPMS, Zambri Mohd Isa, perlu sebagai menunjukkan bantahan Malaysia terhadap kekejaman yang dilakukan oleh pengganas Buddha dan tentera Myanmar.

Melihat kepada banyak reaksi yang ditunjukkan, timbul persoalan, adakah perlu kerajaan hari ini harus mengikut desakan amarah rakyat Malaysia yang kini semakin kuat berkumandang? Adakah perlu campur tangan ketenteraan seperti yang didesak oleh sesetengah pihak sebagai jalan pintas untuk menyelesaikan isu ini?
Benar, apa yang dilakukan oleh pengganas Buddha dan tentera Myanmar ini, cukup kejam dan diluar norma kehidupan manusia yang berakal. Namun, untuk secara realistiknya, desakan untuk mengusir keluar semua warga Myanmar dari bumi Malaysia sebenarnya bukan langkah terbaik.
Ini kerana, andai kata kerajaan bersetuju dengan langkah ini, ianya bukan sahaja melibatkan kos yang banyak, malah ianya turut akan menimbulkan ketegangan pelbagai lapisan terutamanya hubungan diplomatik kedua-dua buah negara. Begitu juga dengan desakan untuk menutup terus kedutaan Myanmar di Malaysia. Ianya nyata bukan langkah yang bijak.

Kita masih boleh mengetuai rundingan peringkat tertinggi dengan pemerintah Myanmar untuk menghentikan kekejaman ini melalui tiket ASEAN. Jika Myanmar masih terus berkeras, Malaysia juga masih boleh menggunakan kuasa yang ada di PBB untuk menarik perhatian dunia bagi menekan Myanmar menghentikan kegilaan mereka.
Jika itu juga masih gagal untuk menghentikan keganasan di Wilayah Rakhine, salah satu cara paling berkesan di seluruh dunia adalah memulaukan Myanmar dari sudut ekonomi. Dewasa ini, seluruh dunia amat mengharapkan ekonomi negara mereka diterima oleh komuniti dunia di mana Myanmar amat bergantung kepada hasil tanaman seperti padi dan lain-lain lagi.
Jika hasil mereka diboikot dunia, tiada satupun kerajaan di dunia mampu bertahan lama. Lihat sahaja Iraq, Korea Utara dan beberapa buah negara lagi yang terpaksa menagih simpati dunia untuk meleraikan pemboikotan ekonomi. Inilah senjata paling berkesan untuk menekan kerajaan Myanmar dengan memboikot segala aktiviti luar dan ekonomi negara berkenaan.

Disamping itu juga, Malaysia turut boleh menggunakan pengaruh besarnya di dalam OIC untuk mendesak negara-negara Islam yang lain lebih terbuka dalam membicarakan isu Rohingya. Sehingga kini, Presiden Indonesia, Joko Widodo dilaporkan bersetuju dengan langkah Datuk Seri Mohd Najib dalam menangani isu Rohingya.
0 comments:
Post a Comment