My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 4 April 2017

    Kemana Menghilangnya Ariff Sabri?



    Beberapa hari yang lalu, penduduk di sekitar Raub mengalami masalah bekalan air yang cukup kronik. Ini bukan kali pertama Raub mengalami masalah bekalan air kerana sebelum ini, banyak kali masalah yang sama berlaku di Raub sejak DAP mengambil alih Parlimen ini dari MCA.

    Di beritakan, masalah bekalan air terbaru ini berlaku sejak minggu lalu dan apa yang menyedihkan, langsung tidak nampak kelibat Ahli Parlimen Raub, Ariff Sabri Abdul Aziz. Sebelum ini, Ariff yang bertanding atas tiket DAP ini menjanjikan pelbagai pembangunan termasuk berusaha mengatasi masalah bekalan air di Parlimen ini.

    Masih ingat lagi bagaimana beliau berkempen untuk sentiasa berada dekat dengan penduduk Raub dan sekaligus memperlekehkan calon MCA di Parlimen berkenaan. Disebabkan kepetahannya mempengaruhi penduduk Raub, beliau berjaya menewaskan calon MCA di kerusi berkenaan walaupun secara hakikinya, kerusi berkenaan adalah milik MCA sejak sekian lama.

    Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Tidak nampak sebarang pembangunan ketara di Parlimen ini dan lebih menyedihkan, setiap kali masalah berlaku di Parlimen Raub, langsung tidak nampak kelibat Ariff membantu. Seperti yang berlaku baru-baru ini, kerajaan negeri Pahang dan biro bantuan BN negeri yang tampil mengatasi masalah berkenaan.

    Bagi Ariff, mungkin ianya bukan masalah besar baginya kerana mungkin beliau tahu, kerajaan negeri Pahang pasti akan tampil membantu rakyatnya. Justeru, timbul persoalan, apa guna meletakkan Ariff Sabri sebagai Ahli Parlimen jika semua masalah rakyat ditangani oleh kerajaan negeri? Bukankah lebih baik mengekalkan sahaja calon dari MCA menerajui Parlimen berkenaan?

    Ini kerana, andai calon MCA kekal menerajui Parlimen ini, setidak-tidaknya, sebarang masalah yang timbul akan ditangani secara bersama oleh Ahli Parlimen dan kerajaan negeri. Mungkin pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, sentimen kemarahan rakyat mempengaruhi polar pengundian sehingga menyaksikan salah seorang calon Melayu dari DAP memenangi kerusi ini.

    Melihat kepada trend sekarang yang memungkinkan Pilihan Raya Umum ke 14 semakin hampir, sudah tiba masanya buat penduduk di Parlimen Raub beralih angin kepada calon dari Barisan Nasional. Lihat sahaja pembangunan yang sedang berlaku di Bentong. Tidakkah penduduk di Raub menginginkan perkara yang sama berlaku di Parlimen ini?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kemana Menghilangnya Ariff Sabri? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top