My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 4 April 2017

    Selepas HUSM, Annuar Musa Akan Dirawat Di IJN



    Pada 1 April yang lalu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan telah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Koronari, HUSM selepas mengadu sakit dada dan keletihan di samping mengalami muntah-muntah. Namun beliau telah dibenarkan keluar dari ICU Ahad lalu setelah keadaan kesihatannya beransur pulih.

    Terbaru, keadaan kesihatan Ahli Parlimen Ketereh berkenaan, beliau dilaporkan semakin pulih setelah mendapatkan rawatan di Institut Jantung negara (IJN) semalam. Menurut sumber yang rapat dengan beliau, Tan Sri Annuar telah mendapatkan rawatan insentif di IJN dan menurut sumber berkenaan, tiada apa yang perlu dibimbangkan.

    Menurut sumber ini lagi, beliau dinasihatkan supaya banyak berehat bagi memulihkan semula tenaga beliau. Malah menurut abang beliau, Abdul Sattar, doktor juga menasihatkan supaya beliau  kurang menerima pelawat selain tidak terlalu berfikir tentang kerja.

    Semoga dipermudahkan segala urusan dan tahap kesihatan Tan Sri Annuar akan bertambah baik tidak lama lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Selepas HUSM, Annuar Musa Akan Dirawat Di IJN Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top