My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 11 March 2016

    Kejutan Kien Keat-Boon Heong Selamatkan Maruah Negara


    Beregu negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mencipta kejutan apabila mara ke suku akhir kejohanan Seluruh England selepas menewaskan gandingan juara dunia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di pusingan kedua, hari ini. 

    Kien Keat-Boon Heong yang pernah muncul juara Seluruh England pada 2007, terpaksa berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan 21-15, 15-21, 21-17 pada perlawanan yang berlangsung di gelanggang Barclaycard Arena, Birgmingham.

    Beregu negara yang bergerak secara profesional selepas keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu memerlukan masa selama 49 minit untuk menewaskan beregu Indonesia itu yang juga pilihan kedua kejohanan.

    Turut mara ke suku akhir adalah gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang menewaskan pilihan kelima dari China Chai Biao-Hong Wei 17-21, 24-22, 23-21. Bagaimanapun, kedua-dua beregu negara itu akan bertemu sesama sendiri pada aksi suku akhir yang dijadual berlangsung awal pagi esok.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kejutan Kien Keat-Boon Heong Selamatkan Maruah Negara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top