Polis berjaya memberkas seorang lelaki dan merampas pelbagai barang yang disamun dari sebuah rumah dalam satu serbuan ke rumah tidak bernombor di Kampung Padas, Menggatal di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata, suspek berusia 31 tahun itu yang pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat diberkas kira-kira pukul 2 petang selepas terlibat dalam kes samun sebuah keluarga di Taman Fulliwa di sini, Jumaat lalu.
"Suspek yang menggunakan sebilah pisau telah menyamun sebuah keluarga terdiri daripada sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka di sebuah rumah dan melarikan pelbagai barangan berharga termasuk sebuah kenderaan pacuan empat roda," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut beliau, penahanan lelaki itu membawa kepada penemuan kenderaan dan barangan yang disamun dari rumah mangsa.
0 comments:
Post a Comment