SEORANG anggota polis terbunuh selepas terjatuh dari tingkat empat Apartmen Pandan Terrace Perdana di Pandan Perdana, Ampang Jaya, Selangor ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam.
Semasa kejadian pada pukul 2 pagi, anggota polis berpangkat koperal berusia 34 tahun itu yang bertugas di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur dikatakan menginap di sebuah rumah di tingkat empat Blok F apartmen tersebut bersama seorang wanita yang bukan isterinya.
Satu sumber memberitahu, semasa pegawai penguat kuasa JAIS cuba memasuki kediaman tersebut, anggota polis itu dikatakan telah melarikan diri terlebih dulu sebelum dia ditemui terbaring di bawah bangunan apartmen berkenaan.
0 comments:
Post a Comment