Bagi seseorang yang dilantik untuk menjawat jawatan dalam sesuatu organisasi, antara perkara yang harus diperakuinya adalah sumpah taaat setia dan menyimpan rahsia. Tidak kira di sektor mana sekalipun seseorang itu berkhidmat, perkara ini sentiasa menjadi amalan sebelum seseorang itu memasuki sektor pekerjaan. Dalam sektor swasta, ianya dipanggil surat tawaran kerja.
Bagi seseorang Perdana Menteri, sudah semestinya kita akan mendengar upacara angkat sumpah yang akan dilakukannya di hadapan Yang DiPertuan Agong serta disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia. Antara lafaz sumpah yang akan dilafazkan adalah, akan menjadi ketua dalam menjaga kebajikan agama, bangsa dan tanahair serta bersumpah akan menyimpan segala rahsia kerajaan samada masih atau sudah tamat tempoh perkhidmatan.
Tidak kira siapapun jua Perdana Menteri yang dilantik, lafaz sumpah yang dilafazkan adalah sama. Justeru, timbul satu persoalan, bagaimana bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad begitu sewenang-wenangnya melanggar sumpah yang pernah diucapkan beliau pada tahun 1981?
Umum sedia maklum bahawa Mahathir akan bercakap apa jua yang beliau mahu. Mahathir sentiasa mendedahkan segala yang beliau tahu dalam kerajaan dimana beliau sendiri pernah mengangkat sumpah untuk menjaga kerahsiaan samada masih mahupun selepas berkhidmat. Beliau juga sewenang-wenangnya menaburkan fitnah hanya untuk meraih perhatian dan sokongan pengikutnya.
Memetik ucapan pembukan Perhimpunan Agung UMNO 2016 baru-baru ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyifatkan apa yang dilakukan oleh Mahathir selama ini sebagai suatu pengkhianatan dan bunga-bunga kemunafikan. Ini kerana beliau sendiri tidak memperdulikan lafaz sumpah yang beliau ucapkan selama ini.
Dalam orang Melayu, andai seseorang itu melafazkan sumpah, ianya disifatkan sebagai telah melanggar sumpah dan apa yang dibimbangi, jika kita melanggar sumpah, pasti akan ada kifarah yang menanti. Dari apa yang dilihat pada Mahathir hari ini, jelas sekali, beliau sudah mula dimakan sumpah yang pernah beliau ungkapkan.
Bukan sahaja Mahathir, beberapa pemimpin yang sebelum ini melafazkan sumpah juga harus berwaspada dengan apa yang mereka lakukan hari ini. Janganlah disebabkan politik, mereka sanggup di makan sumpah hanya disebabkan kemaruk kuasa.
0 comments:
Post a Comment