My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 1 December 2016

    PDRM Tidak Akan Berkompromi



    Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang pihak yang cuba memetik nama pemimpin tertentu sebagai alasan untuk mengelak daripada proses penguatkuasaan berjalan mengikut prosedur. 

    Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata, PDRM memandang serius hal itu dan tidak mahu situasi berkenaan mewujudkan persepsi salah terhadap komitmen pasukan keselamatan membanteras aktiviti penyeludupan.

    “Operasi akan berterusan dijalankan dan kita akan ‘belasah cukup-cukup’ tanpa mengira siapa pemilik barangan,” katanya, ketika dihubungi media di sini, Isnin lalu.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik Datuk Abd Muis Picho bahawa wujud pihak tertentu yang mempergunakan namanya semata-mata mahu mengelak daripada ditahan pihak berkuasa.

    Menyentuh hal berkaitan, Ketua Pemuda UMNO Kalabakan Andi Muhd Suryady Bandi yang dihubungi, menyokong kenyataan Muis yang juga Timbalan Ketua UMNO Kalabakan. “Kita juga kesal kerana mereka mempergunakan nama pemimpin mengikut kepentingan mereka, sekalipun pemimpin berkenaan tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan mereka.

    “Situasi ini amat mengecewakan kerana masih ada pihak yang menyangka boleh terlepas daripada penguatkuasaan dengan mudah jika memetik nama pemimpin tertentu,” katanya. Suryady percaya perbuatan itu didalangi pihak oportunis dan dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah, lebih-lebih lagi jika nama pemimpin yang dipetik mereka tidak terlibat sama sekali.

    Menurutnya, perkara itu boleh mencemarkan nama pemimpin dan mencalar kredibiliti proses penguatkuasaan undang-undang daripada berjalan mengikut lunas-lunas yang sewajarnya. “Tetapi, kita percaya komitmen pasukan keselamatan membanteras aktiviti penyeludupan tanpa mengira latar belakang pelaku termasuk yang mempergunakan nama pemimpin.

    “Golongan sebegini berbahaya kerana cuba mengambil jalan mudah dan menganggap boleh terlepas jika mempergunakan nama pemimpin, malah menjadikan orang lain sebagai sasaran. “Kita amat berharap tindakan tegas diambil jika kes serupa masih berlaku demi memastikan integriti dan kredibiliti pasukan keselamatan tidak terus tercemar,” katanya.

    Isnin lepas, Muis mendedahkan wujud penyeludup barangan kawalan dan subsidi antara tanah besar Tawau dengan Pulau Sebatik yang mempergunakan namanya, semasa diperiksa pasukan keselamatan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PDRM Tidak Akan Berkompromi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top