Mungkin bagi seluruh dunia, Malaysia adalah sebuah negara kecil yang bukan berlatar belakangkan kuasa besar atau mampu menentukan iklim politik dunia. Mungkin juga ada dikalangan rakyat Malaysia mempersoalkan, apa yang mampu dilakukan Malaysia dalam isu global seperti kes pembantaian etnik Rohingya di Myanmar.
Tidak dapat dinafikan, Malaysia hanyalah sebuah negara kerdil di dunia. Malaysia tidak mempunyai peledak nuklear ataupun loji-loji nuklear. Malaysia tidak mempunyai angkatan tentera yang besar sehingga kerajaan terpaksa memperuntukkan berbilion Ringgit hanya untuk bajet pertahanan. Malah, Malaysia juga tidak mempunyai kapal pengangkut besar seperti Amerika Syarikat.
Namun, satu hakikat yang di perakui seluruh dunia adalah, peranan Malaysia yang sentiasa kekal dengan status quonya. Dalam banyak tragedi atau konflik di seluruh dunia, Malaysia sentiasa memilih jalan pendamaian tanpa memihak mana-mana pihak. Malah, Malaysia juga tidak pernah melawan sebarang kehendak PBB dalam menghantar pasukan tenteranya ke zon konflik dunia.
Sejak zaman pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak, Malaysia sentiasa memainkan peranan aktif di peringkat global. Malaysia pernah terlibat dalam banyak konflik di bawah panji PBB di Zaire, Somalia, Lubnan, Bosnia Herzegovina dan banyak lagi zon konflik yang boleh sahaja mengancam nyawa anggota keselamatan negara.
Malah, imej Malaysia sentiasa di perakui dunia sehingga melayakkan negara menjadi Pengerusi Bukan Tetap PBB, Pengerusi ASEAN, Pengerusi Komanwel, Pengerusi OIC dan beberapa lagi badan dunia. Malah, Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Dunia. Tidak hebatkah lagi Malaysia?
Dalam kes melibatkan Rohingya, Datuk Seri Mohd Najib bertindak bijak dalam hal ini. Ini kerana, beliau hadir dalam perhimpunan yang mementingkan ummah seperti ini. Ianya bukan perkara asing kerana Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-Ocha juga turut hadir dalam perhimpunan rakyat dalam mendesak Myanmar menghentikan keganasan mereka.
Sejak sekian lama, Malaysia sentiasa memainkan peranan aktif selaku kuasa pendesak kepada dunia untuk melihat banyak konflik yang melanda. Selain Indonesia dan Thailand, Malaysia antara negara pertama yang membangkitkan isu Myanmar sebelum pihak barat mula menyedari, betapa teruknya konflik yang berlaku di Rakhine.
Atas kekuatan inilah, banyak pihak mula mengalihkan tumpuan terhadap Malaysia terutamanya, Malaysia adalah sebuah negara yang paling stabil di rantau Asia. Pada 4 Disember lalu menyaksikan betapa kuatnya iltizam Datuk Seri Mohd Najib, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Nik Abduh Nik Mat dan ramai lagi pemimpin Islam UMNO dan PAS membela kemasyalatan umat Islam tanpa mengira batas sempadan.
Kali ini, Datuk Seri Mohd Najib pasti akan mempergunakan sebijak-bijaknya untuk mendesak komuniti ASEAN mengambil tindakan sewajarnya terhadap Myanmar. Bagi Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pengaruhnya dalam Majlis Ulama Sedunia mungkin akan digunakan sebaiknya bagi menyelamatkan banyak nyawa umat Islam di Rohingya.
Cukuplah apa yang berlaku. Tiada siapa yang sanggup melihat lebih banyak nyawa melayang angkara pertempuran etnik sebegini. Myanmar terlalu dekat dengan Malaysia dan kita sudah semestinya tidak mahu lagi mendengar bagaimana etnik Myanmar ini terkandas di tengah lautan hanya semata-mata mahu menyelamatkan nyawa mereka.
0 comments:
Post a Comment