Pusat pendaratan tradisi penduduk Pulau Sebatik di Batu-Batu, Sabindo, Bandar Tawau, di sini, akan mula ditutup serta-merta pada 5 Disember ini. Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Alijus Sipil berkata, penguatkuasaan penutupan pusat pendaratan terbabit dijalankan serentak dengan lokasi lain di daerah ini.
“Perjalanan keluar masuk domestik khususnya melibatkan penduduk Pulau Sebatik dipindahkan ke Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang lama. Perkara ini selaras dengan pemindahan kesemua fungsi asal jabatan dan agensi berkaitan di CIQ lama untuk laluan antarabangsa ke Terminal Feri Tawau yang baharu,” katanya.

“Kita ingin memaklumkan kepada semua pihak bahawa kawasan pendaratan domestik di lokasi lain termasuk Batu-Batu adalah tidak dibenarkan kecuali di CIQ lama,” katanya.
Alijius turut mengingatkan para pengendali bot penambang di daerah ini supaya akur dan mematuhi peraturan baharu yang dikeluarkan untuk tujuan penyelarasan. Beliau berharap pengendali bot penambang juga mengelak daripada berlabuh di lokasi lain jika tidak mahu tindakan penguatkuasaan diambil.
0 comments:
Post a Comment