Raja Maha Vajiralongkorn membuat kemunculan pertama sebagai raja baru Thailand sehari selepas mewarisi takhta dengan menghadiri upacara penghormatan untuk mendiang bapanya di Istana Besar semalam.
Maha, 64, mengetuai upacara bagi memperingati 50 hari pemergian Raja Bhumibol Adulyadej yang meninggal dunia pada 13 Oktober lalu. Penjawat awam yang memakai baju hitam dan putih, warna rasmi sepanjang tempoh berkabung, berbaris di tepi jalan menuju ke Istana Besar bagi menyambut kenderaan yang membawa raja baru itu.
Maha yang ketika itu menjadi putera mahkota mengejutkan ramai pihak apabila menangguhkan pengisytiharan dirinya sebagai raja baru selepas kematian Bhumibol. Tindakan itu menyebabkan Thailand tidak mempunyai raja selama tujuh minggu.
0 comments:
Post a Comment