Umum sedia maklum, bekas Timbalan Perdana Menteri yang kini Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yasin meraih kemenangan di Parlimen Pagoh menerusi tiket UMNO dan Barisan Nasional. Dengan meraih majoriti 12,842 undi, beliau menewaskan Mohamad Rozali Bin Jamil (PAS) untuk terus menguasai kerusi ini sejak 1995.
Namun, sejak beliau mengalih arah politiknya dengan menubuhkan PPBM setelah mengalami kekecewaan karier di dalam UMNO dengan Pilihan Raya Umum ke 14 semakin hampir, timbul persoalan, adakah beliau masih mahu terus mempertahankan kerusi Pagoh atau beralih tumpuan keParlimen lain?

Beliau mendakwa, keadaan politik negeri Johor sebenarnya masih terkawal dan masih berada dalam keadaan stabil. Ujar beliau, pemecatan Muhyiddin sekitar bulan Jun lalu sebenarnya memang ada menimbulkan sedikit ketegangan dalam suasana politik Johor. Ditambah pula dengan campurtangan dan hasutan DAP, ianya sedikit sebanyak telah mengeruhkan suasana.
Namun, sebaik sahaja beliau menjalinkan kerjasama dengan erat dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP, majoriti penyokongnya di Pagoh sudah sedikit demi sedikit meninggalkannya dan ini menjadikan kedudukan Muhyiddin di Pagoh semakin hari semakin goyah.
Ketika berbicara tentang di mana hala tuju Muhyiddin andai tinjauan mendapati sokongan terhadap Muhyiddin di Pagoh merosot, Datuk Noor Ehsanuddin beliau menjangkakan Muhyiddin mungkin akan beralih ke Muar atau Maharani di mana beliau yakin beliau mampu merampas kerusi ini dari tangan Barisan Nasional.

Menariknya, dalam membicarakan masa hadapan Muhyiddin di Johor, beliau menyifatkan adalah suatu perkara yang sukar buat Muhyiddin mengatur politik di Johor. Ini berdasarkan kepada fakta yang amat sukar disangkal oleh mana-mana pihak termasuk Muhyiddin sendiri.
Andai beliau berjaya membawa Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum di Johor, segala keputusan untuk pembentukan kerajaan negeri masih di tangan pihak Istana Negeri Johor di mana jika dinilai kepada kebijaksanaan Paduka Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, baginda pasti akan tertanya-tanya, adakah gabungan pembangkang yang memenangi PRU ke 14 ini sudah sah didaftarkan atau belum.
Menurut Datuk Noor Ehsanuddin, pihak Istana pasti enggan memperjudikan nasib rakyat Johor dibawah pentadbiran yang tidak stabil dan tidak mempunyai gabungan politik yang sah. Pastinya, negeri Johor sendiri akan berada dalam keadaan tidak stabil dan memungkinkan akan berlaku perpecahan politik jika ianya dibenarkan.

Namun, beliau percaya, bukan mudah buat Muhyiddin menawan Johor. Ini kerana, sentimen UMNO masih kuat di Johor tetapi ianya bukan lesen buat UMNO Johor untuk berasa selesa. UMNO Johor masih perlu bekerja keras untuk meyakinkan rakyat supaya memberikan mandat untuk UMNO bagi membawa lebih banyak kemajuan di negeri ini.
0 comments:
Post a Comment