My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 4 December 2016

    Skuad Negara Terkulai


    Pasukan pilihan Mesir dan juara bertahan England menempah tiket ke perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita di Perancis selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing-masing semalam. 

    Mesir yang diletakkan sebagai pasukan pilihan selepas tiga pemain utamanya menguasai ranking dunia, menewaskan pilihan kelima yang juga tuan rumah Perancis 3-0 di separuh akhir manakala juara tujuh kali England, menafikan impian Hong Kong 2-0.

    Sementara itu, selepas kecewa di tangan Hong Kong 1-2 di suku akhir kelmarin, pasukan negara tidak berdepan masalah untuk menewaskan New Zealand 2-0 dalam pertemuan tempat ke-5/8. 

    Pemain nombor enam dunia Datuk Nicol David mudah menewaskan Joelle King 11-3, 11-3, 11-5 dalam perlawanan yang berlangsung 23 minit untuk membolehkan Malaysia mendahului 1-0. Perseorangan ketiga negara S Sivasangari, menewaskan Amanda Landers-Murphy 11-5, 11-8, 8-11, 11-6 dalam masa 36 minit.

    “Saya bermain lebih baik menentang New Zealand berbanding ketika beraksi menentang Tong Tzs Wing (Hong Kong). Mungkin saya tidak tertekan jadi saya dapat mempamerkan aksi permainan biasa.

    “Saya tidak tahu kekuatan Amanda kerana ia adalah kali pertama bertemu dengannya. Saya gembira dapat menghadiahkan mata kepada negara,” kata Sivasangari.

    Bagaimanapun impian Malaysia untuk menduduki tangga kelima kejohanan tidak kesampaian selepas dikalahkan Amerika Syarikat 2-0 malam tadi. Sebelum bertemu Malaysia, AS terlebih dahulu yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh menewaskan Australia 2-0. 

    Nicol tewas 6-11, 11-5, 7-11, 11-6 dan 9-11 di tangan Amanda Sobhy manakala Delia Arnold (gambar) tunduk 7-11, 11-9, 13-11, 10-12 dan 8-11 kepada Reeham Sedky.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Skuad Negara Terkulai Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top