Putera Mahkota Thailand, Maha Vajiralongkorn ditabalkan sebagai Raja Rama X dalam satu siaran langsung dari Istana Besar di Bangkok semalam.
Terdahulu, putera berusia 64 tahun itu mengetuai upacara keagamaan sempena hari ke-50 kemangkatan bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej di istana tersebut. Vajiralongkorn merupakan pewaris takhta diraja Thailand sejak 1972 dan menjadi raja ke-10 Dinasti Chakri yang berusia 234 tahun, bermula dengan Raja Rama I.

Vajiralongkorn merupakan putera tunggal Raja Bhumibol yang juga dikenali sebagai Rama IX. Beliau tidak segera menaiki takhta selepas kemangkatan bapanya seperti amalan keluarga diraja Thailand.
Vajiralongkorn sebaliknya meminta lebih masa untuk berkabung. Majlis pertabalan Vajiralongkorn hanya akan diadakan dalam masa setahun dari sekarang.
0 comments:
Post a Comment