My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 15 March 2016

    Adenan Minta Maaf Isu “Kahwin Wanita Iban”

    Adenan Satem 2

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem hari ini secara terbuka memohon maaf kepada komuniti Iban khasnya jika gurauan beliau dalam satu majlis baru-baru ini menyinggung perasaan mereka. 

    “Saya mengatakannya dengan rasa gembira. Ia hanyalah satu gurauan. Malah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) ketawa mendengar gurauan saya itu dan beliau (Najib) tahu itu adalah satu gurauan.

    “Namun jika ada orang atau pihak menganggap ia salah dan berasa tersinggung, saya minta maaf,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia.

    Justeru dengan kenyataannya itu beliau berharap, isu tersebut selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi.

    Sabtu lalu ketika berucap pada majlis perasmian Program MINDA (Malaysia Inklusif Negara Digital), Adenan dikatakan melemparkan gurauan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan

    “Kalau nak belajar bahasa Iban, nak pantas pandai, carilah isteri Iban’
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Adenan Minta Maaf Isu “Kahwin Wanita Iban” Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top