My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 15 March 2016

    Akhirnya Saingan Sebenar Duo Mercedes Menjadi Kenyataan


    Mercedes mengurangkan peraturan dalaman pasukan itu untuk memberikan kebebasan kepada dua pelumba mereka, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg bagi memburu kejuaraan Formula Satu (F1) musim ini. 

    Mercedes diramalkan mendominasi kempen F1 sekali lagi dan keyakinan yang tinggi itu telah membuatkan Pengarah Eksekutif pasukan itu, Toto Wolff mengumumkan keputusan tersebut pada acara pramusim di Stuttgart baru-baru ini.

    Wolff mahu merenggangkan semula peraturan dalaman untuk membenarkan kedua-dua pemandu itu membawa semula keterujaan dalam pasukan. “Kami mengurangkan peraturan atau rangka kerja kerana kami rasa lebih selesa untuk bekerja bersama-sama kedua-dua pemandu. Ia akan menimbulkan rasa hormat yang lebih baik dan saya tidak takut sekiranya hasilnya berbeza berbanding tahun lalu.

    “Peraturan ini membantu kami kerana input jurutera pada jentera dan pemandu akan berkura­ngan. Bimbingan dari segi strategi dan untuk mengoptimumkan penggunaan tayar juga akan berkurangan, begitu juga dengan cara mereka memandu jentera.

    “Bagi saya ia bagus untuk sukan. Ia memberikan lebih banyak tekanan dan pemandu-pemandu akan berusaha dengan lebih gigih. Peranan kami akan berkurangan tetapi ia le­bih sesuai dengan strategi kami untuk memberikan kebebasan kepada mereka berdua untuk berjuang di litar,” kata Wolff. 

    Pelabur dan bekas pemandu dari Austria itu turut menambah, kejayaan Mercedes pada dua tahun lalu yang menyaksikan mereka mengungguli gelaran pemandu dan pengeluar merupakan ‘alasan’ kepada mereka untuk mengambil langkah tersebut.

    “Kami sebenarnya me­ngurangkan peraturan tahun lalu kepada tahun ini. Ketika kami memulakan projek 2013, terlalu ba­nyak tekanan timbul dalam pasukan untuk meraih keputusan lebih baik dan memenangi perlumbaan dan kami melakukannya dengan baik.

    “Pada 2014, kami memenangi kejuaraan dan begitu juga dengan 2015, namun untuk mengekalkannya kami cuba membuat rangka kerja tetapi ia tidak selalu menjadi. Ia menjadi pengajaran yang berguna kepada kami.

    “Mereka telah lama be­kerjasama dan semuanya kelihatan berfungsi de­ngan baik. Kami juga terhutang budi dengan mereka dan kami mahu memberi kebebasan kepada mereka untuk berlumba. “Mungkin pada masa tertentu ia akan menyukarkan pasukan tetapi ia keputusan yang perlu diambil,” ujarnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Akhirnya Saingan Sebenar Duo Mercedes Menjadi Kenyataan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top