My Blog List

Translate

  • PANAS

      Friday, 11 March 2016

      Balkan Tutup Terus Pintu Untuk Pelarian


      Harapan pendatang untuk memasuki utara Eropah dari Greece nampaknya menemui jalan buntu apabila laluan mereka disekat kelmarin selepas beberapa negara barat Balkan menutup sempadan, sekali gus memburukkan lagi keadaan kemanusiaan di sempadan Macedonia. 

      Slovenia dan Croatia, yang laluannya digunakan beratus ribu orang sejak beberapa bulan kebelakangan ini, menghalang kemasukan ke transit itu sejak tengah malam kelmarin. Serbia turut dilihat akan menyusuli langkah itu manakala Macedonia tidak membenarkan sesiapapun masuk sejak Isnin lalu.

      Menurut Slovenia, ia hanya akan membuat pengecualian terhadap pendatang yang ingin menuntut suaka atau yang mahu memasuki negara ini ‘atas dasar kemanusiaan dan selaras dengan peraturan zon Schengen.’

      Perdana Menteri Miro Cerar berkata, langkah itu bermaksud, laluan Balkan untuk pendatang haram tidak lagi wujud. Presiden Kesatuan Eropah (EU) Donald Tusk berkata di Twitter:

      “Aliran tidak tetap pendatang sepanjang laluan barat Balkan sudah sampai ke penghujungnya.

      “Ia keputusan bersama EU28. Saya ucap terima kasih kepada negara Balkan Barat kerana melaksanakan sebahagian daripada strategi komprehensif EU untuk menangani krisis migrasi ini.”

      Dalam pada 28 negara EU bergelut dengan krisis kemasukan pendatang paling teruk sejak Perang Dunia Kedua, langkah baru itu sekali gus meningkatkan tekanan untuk memeterai perjanjian yang dicadangkan dengan Turki bagi meredakan keadaan.
      • Blogger Comments
      • Facebook Comments

      0 comments:

      Post a Comment

      Item Reviewed: Balkan Tutup Terus Pintu Untuk Pelarian Rating: 5 Reviewed By: JMK