My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 10 March 2016

    Gerhana Matahari Kelihatan 13 peratus Kejelasan Di Kuching

    MENAKJUBKAN: Kejadian alam semesta yang menakjubkan, gerhana matahari dirakam di Dewan Suarah Kuching, semalam.

    Gerhana matahari kelihatan sebanyak 13 peratus kejelasan walaupun keadaan hujan sedikit dan berawan di sini. Menurut Ahli Persatuan Astronomi Sarawak Rambli Ahmad semalam, gerhana tersebut ditampak berbentuk bulan sabit sekali gus menjadikan keadaan sekeliling bersuhu sejuk. 

    Semalam seramai lebih kurang 50 orang pengamal media, orang ramai, kumpulan pemerhati astronomi termasuk kakitangan yang bekerja di Dewan Suarah Kuching merebut peluang untuk melihat keajaiban alam tersebut berlaku.

    Bagi menampakkan dengan jelas, pihak Persatuan Astronomi Sarawak telah menyediakan penapis solar, cermin mata gerhana atau menggunakan teleskop Meade LX90 EMC yang telah dilengkapi dengan penapis matahari. Beliau menambah, Kuching mengalami tampakan gerhana dengan 13 peratus sahaja daripada cahaya matahari pada puncak gerhana matahari.

    Kuching terletak paling dekat daripada lintasan gerhana matahari, yang hanya akan berlaku dalam koridor yang sempit menyeberangi Indonesia dan Lautan Pasifik. “Hari ini, kita mengalami kira-kira 87 peratus daripada matahari dihalang oleh bulan dan pada kadar itu, anda dapat erasakan suasana menjadi sejuk sedikit,” katanya.


    Rambli berkata gerhana semalam adalah paling jelas dan yang terbaik pernah berlaku di sini. Seorang peminat astronomi, Alcila Abby, 24, ketika ditemui berkata beliau datang seawal jam 7.20 pagi untuk melihat berlakunya gerhana matahari dengan sepasang cermin mata gerhana matahari yang dibelinya dari atas talian.

    “Saya telah menanda kalendar saya dua bulan lepas. Ini adalah kali pertama saya bangun begitu awal, jam 5.45 pagi.

    “Juga saya telah mengambil masa setengah hari bermula semalam untuk menghadiri ceramah dan satu lagi separuh hari pagi ini untuk datang melihat gerhana. Dan berasa teruja untuk melihat ini berlaku sendiri,” katanya semalam.

    Menurut laman web Agensi Angkasa Negara (Angkasa), lintasan pertama bulan menyentuh cakera matahari, berlaku pada kira-kira jam 7.24 pagi di Kuching. Alcila yang sentiasa berminat untuk merenung langit dan ruang angkasa, teruja mengamati pengalaman baharunya itu.

    “Ia adalah kali pertama saya melihat melalui teleskop sepertimana diberitahu semasa ceramah pada hari Selasa. Saya benar-benar terkejut dan teruja,” ujarnya.

    Kerana minat mendalam dengan bidang astronomi, Alcila juga mempunyai dua pasang kasut yang menampakkan rekaan alam semesta.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Gerhana Matahari Kelihatan 13 peratus Kejelasan Di Kuching Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top