My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 7 March 2016

    Ibu Syaitan Di Dakwa Hari Ini




    Seorang wanita yang disyaki mencampak bayi perempuannya yang baru dilahirkan dari tingkat 18 Flat Danau Kota di Setapak di sini pada 29 Februari lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini. 

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, wanita berusia 39 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Katanya, wanita ter¬babit sebelum ini direman selama enam hari bermula Selasa lepas dan disambung reman semalam selama sehari sebelum dia dihadapkan ke mahkamah hari ini.

    “Wanita itu masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

    “Kertas siasatan berhubung kes tersebut sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan suspek dijangka dituduh di mahkamah esok (hari ini),” katanya dalam satu kenyataan semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ibu Syaitan Di Dakwa Hari Ini Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top