Pada 19 November 1985, keamanan sebuah kampung di Mukim Siong, Baling, Kedah digemparkan dengan pengepungan perkampungan berkenaan oleh pasukan Polis atas kesalahan di syaki, seorang Imam di Kampung Memali ini mengamalkan ilmu salah dan mahu memerangi kerajaan yang di tadbir oleh Tun Dr Mahathir pada ketika itu.

Apa yang ingin dibicarakan disini, bukanlah mengenai operasi yang membunuh 14 orang penduduk kampung berkenaan. Sebaliknya, apa yang ingin dikongsikan disini, bagaimana seluruh rakyat Malaysia sebenarnya telah ditipu oleh Tun M selama lebih 30 tahun.
Sebenarnya, semasa kejadian berkenaan, Tun M berada didalam negara, iaitu di Sri Perdana, kediaman rasmi beliau sewaktu menjadi Perdana Menteri. Beliau sendiri mengetahui operasi berkenaan dan telah meletakkan bebanan berkenaan di bahu Timbalan beliau pada waktu itu, Tun Musa Hitam.

Keesokan hari, di awal pagi, Tun Musa membenarkan penyerbuan ke Kampun Memali, Baling Kedah hanya semata-mata untuk memberkas imam masjid Kampung berkenaan, Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya. Hasilnya, operasi selama 7 jam ini, 14 orang maut dan berpuluh-puluh lagi ditahan didalam I.S.A.
Mengulas tentang perkara ini, Tun Musa Hitam yang ditemubual dalam program Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin memberitahu, ia merupakan titik hitam sepanjang karier beliau selaku ahli politik.
Masakan tidak, selepas insiden ini berlaku, hanya beliau sahaja dipersalahkan oleh hampir keseluruhan rakyat Malaysia dan ianya turut memalit kesan hitam kepada rakyat negeri Johor, kononnya, Johor membenci orang Kedah. Lebih memburukkan keadaan, setahun kemudian, Tun M begitu teruja untuk menyingkirkannya dan menggantikan Tun Ghaffar Baba selaku pengganti beliau.

Inilah pendedahan paling berani yang dilakukan oleh Tun Musa Hitam demi untuk membersihkan nama beliau dari titik-titik hitam yang dilakukan oleh Tun M. Nampaknya, bukan hanya sekadar mampu untuk "membunuh" karier politik rakannya sahaja, malah beliau juga mampu melakukan diluar daripada apa yang dibayangkan.
Malah sehingga kini, masih ada penduduk Kampung Memali masih membantah keras insiden ini kerana menurut mereka, Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya, bukanlah seorang gerila yang mahu memusnahkan kerajaan pimpinan Tun M pada masa itu. Malah, Ibrahim juga adalah seorang guru agama yang mengamalkan ajaran Islam, bukan ajaran sesat.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete1 siapa arahkan polis? Musa Hitam. Siapa bersama men.pertahanan indon? Musa
ReplyDeleteApa pcakapan Musa?