My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 10 March 2016

    Kejutan Besar Di All England




    Pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei gagal meneruskan kemaraan di kejohanan Seluruh England selepas tewas mengejut di tangan wakil India, B Sai Praneeth pada pusingan pertama, awal pagi tadi. 

    Chong Wei yang juga pilihan kedua kejohanan, tewas 22-24, 20-22 pada perlawanan yang berlangsung selama 50 minit di gelanggang Barclaycard Arena, Birmingham. Keputusan itu sekali gus menyaksikan impiannya untuk merangkul gelaran Seluruh England buat kali keempat tidak kesampaian selepas melakukannya pada 2010, 2011 dan 2014.

    Penyingkiran Chong Wei menyaksikan hanya dua beregu negara iaitu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta Goh V Shem-Tan Wee Kiong meneruskan kemaraan ke pusingan kedua selepas menewaskan lawan masing-masing pada pusingan pertama.

    Kien Keat-Boon Heong menewaskan beregu India, Manu Attri-B Sumeeth Reddy 16-21, 21-13, 21-15 sementara V Shem-Wee Kiong mengenepikan cabaran wakil Thailand, Bodin Issara-Nipitphon Puangpuapech 16-21, 21-13, 21-9.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kejutan Besar Di All England Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top