My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 8 March 2016

    Keluarga Terperangkap Akibat Jambatan Runtuh Diselamatkan

    BERTINDAK PANTAS: Anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Saratok berjaya menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

    Sebuah keluarga terperangkap setelah laluan utama menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Hulu Budu di sini terputus akibat jambatan utama runtuh semalam. Jurucakap bomba berkata, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 12 tengah hari semalam berikutan hujan lebat tanpa henti sejak awal pagi semalam. 

    “Bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian tersebut jam 12.10 tengah hari.

    “Setibanya di lokasi kejadian, bomba mendapati jambatan menghala ke SK Hulu Budu musnah akibat dirempuh arus air sungai yang deras.

    “Berdasarkan maklumat diterima daripada guru besar sekolah terbabit, terdapat sebuah keluarga terperangkap di kawasan sekolah tersebut. Lima mangsa terperangkap masing-masing berusia lingkungan tiga hingga 35 tahun.

    “Bomba mengambil masa lebih kurang satu jam menyelamat dan mengeluarkan mangsa terperangkap di kawasan terbabit. Operasi menyelamat mangsa tamat jam 2.30 petang,” jelasnya.

    Dalam operasi menyelamat mangsa, bomba terpaksa berhadapan kesukaran berikutan tiada tempat sesuai menurunkan bot penyelamat. Namun dengan bantuan penduduk rumah panjang berdekatan, bot terbabit berjaya diturunkan dan usaha menyelamat dilaksanakan dengan jayanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Keluarga Terperangkap Akibat Jambatan Runtuh Diselamatkan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top