My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 10 March 2016

    Peluru Berpandu Iran Mampu Membedil Israel




    Peluru berpandu antara benua jarak sederhana yang dilancarkan tentera Iran hari ini dihasilkan dengan supaya mampu mengenai sasaran di Israel, kata pemerintah peluru berpandu Pengawal Revolusi selepas tentera negara itu melancarkan dua lagi peluru berpandu jarak sederhana dalam program ujiannya hari ini. 

    “Sebab kami menghasilkan peluru berpandu dengan jarak sehingga 2,000 kilometer ialah bagi membolehkan ia mensasar musuh kami, regim Zionis dari jarak yang selamat,” kata Brigadier Jeneral Amir Ali Hajizadeh yang dilaporkan agensi berita ISNA.

    Timbalan pemerintah Pengawal Revolusi, Jeneral Hossein Salami, berkata: “Peluru berpandu tepat jarak jauh Qadr-H dan Qadr-F ditembak hari ini yang memusnahkan sasaran yang terletak sejauh 1,400 kilometer.”

    Iran tetap melancarkan dua peluru berpandu itu hari ini walaupun diberi amaran oleh Amerika Syarikat supaya tidak berbuat demikian.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Peluru Berpandu Iran Mampu Membedil Israel Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top