Samsung mula menembusi pasaran telefon pintar global seawal 2010, tetapi kini selepas enam tahun pembabitannya, rangkaian siri S itu kekal menjadi nama besar dan mendahului segmen dengan pelbagai inovasi serta transformasi yang luar biasa.
Dengan setiap model daripada siri S itu diperkenalkan, Samsung sentiasa tampil dengan jualan pecah rekodnya di seluruh dunia, sekali gus meletakkan jenama itu sebagai pilihan masyarakat global yang sentiasa inginkan pengalaman teknologi serba canggih setiap tahun.
Bagaimanapun pada tahun ini, Samsung sekali lagi mengorak langkah ke hadapan dengan pengenalan model baharu untuk siri S iaitu Galaxy S7 edge yang dikuasakan dengan pelbagai ciri menarik seperti teknologi dual piksel yang membolehkannya merakam gambar berkualiti tinggi dalam persekitaran yang kurang cahaya.
Ia juga diperkemaskan dengan rekaan sisi yang melekung dengan Always-On Display (AOD) dengan perlindungan hebat menjadikannya kalis air dan debu dengan ciri IP68. Malah dengan keupayaan bateri sehingga 3,600mAh menjadikannya lebih tahan lama.
Sejak pengenalan siri Galaxy S pada 2010, ia terus berkembang dengan pengenalan Galaxy S2, Galaxy S3, Galaxy S4, Galaxy S5, Galaxy S6 dan Galaxy S6 edge, malah yang terbaru tahun ini ialah Galaxy S7 edge yang dinanti-nantikan peminat telefon pintar gergasi itu.
Dalam setiap generasi Galaxy S, setiap model diperkenalkan sentiasa mempunyai peningkatan berbanding model sebelumnya. Daripada skrin berdefinisi tinggi (HD) yang besar dan prestasi yang pantas, ia terus diberi suntikan transformasi kepada ciri-ciri kamera berteknologi tinggi ditambah pula dengan rekaan badan yang elegan.
Siri Galaxy S sentiasa mengalami evolusi dengan pembangunan produk yang ditambah baik dari tahun ke tahun dan setiap elemen dalam setiap model terus dipacu dengan transformasi berterusan dengan pelbagai inisiatif baharu seperti perisian, perkakasan dan peranti sokongan tambahan seperti Gear VR.
0 comments:
Post a Comment