My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 2 March 2016

    Tiga Suspek Ditahan, Rompak Stesen Minyak

    DICEKUP: Inspektor Mohd Firdaus (bertopi) dan anggota polis lain membawa ketiga-tiga suspek ke balai.

    Polis D4 berjaya menahan tiga suspek lelaki berhubung kes rompakan ke atas sebuah stesen minyak Jalan Lanang di sini, Ahad lalu. Mereka berumur dalam lingkungan 20-an berjaya dikesan selepas siasatan polis. 

    Menurut sumber polis, wajah salah seorang daripada suspek berjaya dicam melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) oleh dua pekerja wanita stesen minyak tersebut. Difahamkan, seorang daripada tiga perompak terbabit didapati menyerupai salah seorang pekerja stesen minyak tersebut.

    Bertindak daripada maklumat, polis D4 pergi ke kawasan Sungai Ladap untuk menangkap suspek berkenaan petang hari kejadian. Susulan itu, polis D4 diketuai Inspektor Mohd Firdaus Safuan pergi ke rumah panjang di Sungai Assan untuk menahan dua lagi suspek yang dipercayai bersekongkol melakukan rompakan tersebut.

    Polis juga merampas sebuah motosikal dan dua topi keledar dipercayai digunakan dalam rompakan itu. Pada malam kejadian, tiga lelaki bertopi keledar penutup penuh muncul di pekarangan stesen minyak Jalan Lanang di sini sekitar jam 2 pagi.

    Dua lelaki kemudian menendang pintu masuk stesen minyak itu manakala seorang daripada mereka menunggu di luar. Seorang daripada dua suspek itu kemudian meluru ke bahagian kaunter sambil mengeluarkan parang dan memaksa dua pekerja wanita mengeluarkan wang lebih RM900 di dalam mesin wang tunai. Selepas mendapat habuan, kumpulan perompak terbabit melarikan diri dari tempat kejadian.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiga Suspek Ditahan, Rompak Stesen Minyak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top