Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman berjaya merampas 1,208 ketulan mampat ganja seberat 1.19 tan selepas menahan seorang lelaki di tempat letak kenderaan di USJ 1, Subang Jaya kelmarin.
Satu sumber berkata, suspek berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 petang hasil risikan dan maklumat orang awam. Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kereta yang dinaiki suspek polis menjumpai empat guni yang mengandungi 160 ketulan mampat ganja.
“Selepas disiasat, suspek membawa pihak polis ke rumahnya di Kepong dan di sana kami merampas lima guni yang berisi 40 ketulan mampat ganja.
“Keseluruhannya terdapat 200 ketulan ganja seberat 194 kilogram,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Menurutnya, hasil siasatan mendapati, suspek mendapatkan bekalan ganja dari Merbok, Sungai Petani, Kedah dan aktif mengedar ganja di sekitar Lembah Klang sejak hampir empat tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment