My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 14 March 2016

    Trump Di Malukan di Wyoming



    Pendahulu pertandingan calon Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi Parti Republikan, Donald Trump tewas teruk kepada seterunya, Ted Cruz dalam pemilihan awal atau kaukus di Wyoming kelmarin. 

    Selepas semua undi dikira, Cruz yang merupakan Senator negeri Texas memenangi 66.3 peratus undi diikuti calon dari Florida, Senator Marco Rubio dengan 19.5 peratus undi, lapor media AS. Trump yang masih mendahului di peringkat pemilihan dan sokongan perwakilan menjelang Persidangan Parti Republikan berada di tempat ketiga dengan hanya 7.2 peratus undi.

    Dengan keputusan itu, Cruz mendapat sokongan sembilan perwakilan, manakala Rubio dan Trump masing-masing mendapat seorang perwakilan. Seorang lagi wakil rakyat Republikan di Wyoming belum menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak.

    Satu pemilihan awal Republikan turut diadakan di Washington kelmarin tetapi keputusan undi dan sokongan 19 orang perwakilannya dijangka mengambil sedikit masa sebelum boleh diumumkan. 

    Habuan utama yang menjadi rebutan calon-calon terbabit akan diadakan pada Selasa ini melalui pemilihan di lima negeri dengan ramai perwakilan iaitu Florida, Illinois, Missouri, Carolina Utara dan Ohio.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Trump Di Malukan di Wyoming Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top