Bandar kecil Brazil ini semalam mengadakan upacara pengebumian untuk pemain dan pegawai pasukan bola sepaknya yang terbunuh apabila pesawat yang mereka naiki terhempas di Colombia.

Semua keranda mereka diletakkan di tengah padang selepas tiba dari Colombia dan diarak sekeliling bandar Chapeco. Askar menurunkan keranda dari treler khas sebaik ia tiba di stadium yang dipenuhi kira-kira 100,000 orang, separuh daripada populasi Chapeco.

Mereka sepatutnya bertemu pasukan Atletico Nacional dari Colombia Rabu lalu untuk pusingan pertama pelawanan akhir Copa Sudamericana, pertandingan antara kelab kedua terbesar di Amerika Selatan. Pesawat itu membawa 77 penumpang dan anak kapal ketika ia terhempas. Seramai 71 daripada mereka terbunuh.
0 comments:
Post a Comment