Ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane menyifatkan Cristiano Ronaldo sebagai pemain paling unik selepas penyerang dari Portugal itu meledak empat gol sewaktu membelasah Celta Vigo 7-1 pada aksi La Liga di Santiago Bernabeu awal pagi semalam.
Zidane turut menganggap kebolehan Ronaldo menjaringkan gol dari jarak jauh sukar ditandingi terutama sewaktu mencetak jaringan pertama untuk Real pada minit ke-50. “Hanya dia berupaya melakukan jaringan seperti itu. Saya sendiri tidak menjaringkan empat gol sepanjang karier saya. Kecemerlangan ini amat penting buat dirinya sebelum aksi Liga Juara-Juara.
“Saya gembira dengan persembahan Ronaldo. Cemuhan dan ejekan penonton tidak pernah sepi daripada bola sepak. Para penonton mahukan yang terbaik daripada semua pemain.
“Ini kerana penyokong tahu kemampuan setiap pemain Real. Ronaldo berjaya menghasilkan empat gol kerana dia seorang pemain yang sangat unik,” kata Zidane.
Pada perlawanan tersebut, Ronaldo dicemuh penyokong sendiri kerana tidak berpuas hati berhubung kenyataan dilakukan pemain berusia 31 tahun itu sewaktu Real tewas 0-1 kepada musuh setempat, Atletico Madrid pada 27 Februari lalu.
Bagaimanapun, bintang Portugal itu menebus kesilapan tersebut menerusi kejayaan mencetak empat gol pada minit ke-50, ke-58, ke-64 serta ke-76, sekali gus menjadi penjaring kedua terbanyak dalam sejarah La Liga. Tiga lagi gol Real dijaringkan Pepe, Jese RodrÃguez dan Gareth Bale, manakala jaringan sagu hati Celta Vigo diperoleh menerusi Iago Aspas.
0 comments:
Post a Comment