Samsung Electronics Co Ltd (Samsung) mengumumkan pengenalan teknologi Twin Cooling PlusTM bagi model peti sejuk terbarunya iaitu ‘Two-Door Top-Mounted Freezer RT7000’ di mana Samsung adalah syarikat pengeluar pertama menggunakan teknologi itu di pasaran dunia.
Twin Cooling PlusTM adalah sistem pendinginan bebas yang memiliki dua aliran udara dalam peti ais dan penyejuk beku untuk mencegah campuran bau, mengekalkan kesegaran dan rasa asli makanan.
Sebagai tambahan, sistem penyejukan inovatif itu juga memastikan kadar suhu berada dalam keadaan sesuai dan tahap kelembapan meningkat sehingga 70 peratus dikekalkan bertujuan membolehkan makanan kekal segar selepas dibeli dari pasar raya.
Pengarah Pemasaran Korporat Samsung Malaysia Electronics, Elaine Soh berkata, pengguna pada masa ini memerlukan peti ais yang luas bagi menyimpan barang keperluan runcit mingguan tanpa kering meskipun dalam laci sayur.
“Rakyat muda Malaysia kini memiliki gaya hidup yang sibuk hingga tiada masa untuk pergi ke pasar bagi membeli sayuran segar setiap hari. Teknologi ini membolehkan mereka menikmati makanan segar tanpa bimbang makanan mereka layu atau kering,” katanya, semalam.
Peti ais RT7000 dua pintu dengan teknologi ‘Twin Cooling PlusTM diperkenalkan kepada pasaran sewaktu Forum Samsung SEA 2016 dan rakyat Malaysia berpeluang mendapatkan produk itu apabila ia akan berada di pasaran negara kelak.
0 comments:
Post a Comment