My Blog List

Translate

  • PANAS

      Tuesday, 8 March 2016

      Apa Sudah Jadi United?




      Pengurus Manchester United, Louis van Gaal (LvG) menegaskan, pasukannya tidak sepatutnya tewas kepada West Brom pada perlawanan Liga Perdana England kelmarin. Pada perlawanan tersebut, skuad The Red Devils tewas 1-0 kepada West Brom, sekali gus menyaksikan impian mereka untuk menyertai kelompok empat pasukan terbaik hampir musnah. 

      Akibat kekalahan yang menjadi tamparan hebat kepada pasukan itu, United kini hanya sekadar menghuni tangga keenam liga de¬ngan kutipan 47 mata.

      “Bagi kami, situasi semasa perlawanan sangat teruk tetapi kami tidak patut tewas. Saya tidak mahu berkata kami layak menang tetapi kekalahan itu tidak layak untuk kami.

      “Melihat perlawanan tersebut itu hingga babak terakhir, ternyata kami lebih banyak mencipta peluang untuk menjaringkan gol berbanding West Brom.

      “Kami beraksi 60 minit hanya dengan 10 pemain. Sudah tentu ia sangat sukar untuk kami tempuhi. Kad merah yang dilayangkan kepada Juan Mata merupakan antara punca kami tewas,” jelas LvG.

      “Kad kuning pertama di¬terima Mata adalah sesuatu yang bodoh. Dia sepatutnya berhati-hati selepas itu tetapi saya lihat dia masih bermain dalam keadaan marah.

      “Selang dua minit, dia di kenakan kad kuning kedua dan diarahkan keluar padang. Tindakan itu merosakkan potensi pasukan,” tambah LvG.
      • Blogger Comments
      • Facebook Comments

      0 comments:

      Post a Comment

      Item Reviewed: Apa Sudah Jadi United? Rating: 5 Reviewed By: JMK