My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 15 March 2016

    Apakah Benar Mahathir Sememangnya Anti Barat?



    Sepanjang pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamed di Malaysia, beliau sentiasa dikenang sebagai seorang yang sememangnya anti barat, terutamanya Amerika dan Britain. Kelantangan beliau dalam mengkritik pemimpin-pemimpin negara barat sememangnya amat dikenali oleh pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti NAM, PBB mahupun OIC.

    Namun, sejauh mana kebenaran hal ini? Adakah benar Tun M sememangnya anti barat sehingga beliau digelar dengan pelbagai gelaran oleh media barat?

    Diakui, beliau antara pemimpin dunia yang lantang menghentam polisi Amerika di Rantau Asia Barat. Dibantu oleh Britain, Tun M tanpa henti menghentam pendirian barat berhubung banyak perkara dan ada diantaranya menimbulkan perasaan marah dikalangan negara anggota NATO dan juga Amerika Syarikat.

    Siapa yang dapat melupakan perseteruan beliau dengan anak beranak George H W Bush dan Margaret Thatcher yang pada ketika itu menjadi Perdana Menteri Britain. Ada sahaja isu yang dibahaskan sehingga ada yang menyebabkan ketegangan antara kedua-dua belah negara.

    Namun, hakikat yang terlindung dari pandangan ramai rakyat Malaysia adalah, Tun M sebenarnya amat baik dengan pentadbiran Amerika terutamanya semasa pentadbiran George W Bush dan Thatcher sendiri.

    Pada waktu berkenaan, tiada saluran komunikasi internet seumpama hari ini dan segala berita tentang perjalanan beliau keluar negara hanya dilaporkan oleh media tempatan yang dikawal sepenuhnya oleh beliau. Ini yang menjadikan segala pertemuan mereka di luar negara tidak mendapat liputan langsung oleh media tempatan.

    Apa yang kita ketahui adalah, Tun M adalah seorang anti barat dan mengajar semua rakyat Malaysia supaya anti barat supaya tiada pandangan dihalakan ke Barat pada waktu itu. Ini memudahkan beliau bertemu dengan rakan sejawatnya di semua negara barat yang beliau kritik.

    Lama kita dialihkan pandangan tentang hubungan akrab beliau dengan pemimpin barat sehinggalah beliau akhirnya mengeluarkan sendiri sisi hitam beliau dengan barat. Clare Rewcastle Brown, pengasas Sarawak Report adalah kakak ipar kepada bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown. Jadi tidak hairanlah bagaimana Tun M begitu mempercayai semua artikel Sarawak Report yang begitu giat menghentam negara.

    Satu lagi yang tidak langsung dinafikan oleh Tun M adalah, bagaimana beliau membelanjakan wang negara sebanyak USD $ 250 ribu Dolar, hanya semata-mata ingin bertemu dengan bekas Presiden Amerika, George W Bush di Washington, usai Persidangan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu.

    Tidak dilupakan, bagaimana beliau sebenarnya amat baik dengan "musuh ekonomi Malaysia" George Soros. Begitu juga hubungan baik beliau dengan Dominic Strauss Kahn yang pada ketika itu adalah Pengerusi Bank Dunia yang beribu pejabat di New York. Menariknya, segala hubungan akrab ini dihalakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghalalkan hukuman keatas beliau.

    Lama sudah kita tertipu dalam mainan politik dan kata-kata yang dilemparkan oleh Tun M. Malah sehingga kini, beliau masih gagal untuk menjawab, dimana hilangnya sejumlah RM 33 bilion yang lesap semasa beliau cuba mengheret Ringgit ke pasaran tukaran asing. Inilah wajah sebenar Tun M yang dilindungi "jasa-jasanya".
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Apakah Benar Mahathir Sememangnya Anti Barat? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top