Selepas tayangan episod pertama di TV3 Ahad lalu, program realiti terbaru Clever Girl Malaysia menerima pelbagai kritikan di media sosial. Walaupun menerima kritikan negatif dan positif, program itu melonjak naik sehingga menjadi tajuk utama ‘trending’ di Twitter.
Penerbit Clever Girl Malaysia Shazreena Kassim berkata, pihaknya yakin program itu akan diterima masyarakat seiring dengan peredaran masa. “Ini adalah program pertama seumpama ini dan pertama kali Media Prima Berhad menerbitkan program dengan konsep ini. Selepas pertama kali ditayangkan Ahad lalu, pelbagai kritikan kami terima di media sosial.
“Kami terima semua kritikan itu dengan hati terbuka. Ia juga sebagai motivasi untuk peserta meningkatkan kebolehan mereka menjawab soalan pada minggu akan datang,” katanya.

“Ketika soalan itu diajukan, saya memang tahu jawapannya kerana ia soalan asas. Namun, disebabkan terlalu gemuruh saya memberikan jawapan yang salah.
“Di belakang pentas, saya ada membaca beberapa komen di media sosial dan ramai yang mengkritik. Malah, ada juga yang mengkritik dengan kata-kata kesat. Saya ambil semuanya dengan positif. Saya tidak salahkan mereka kerana mereka tidak berada di tempat kami. Salah saya juga kerana tidak menjawab dengan betul,” katanya.
Arina berkata, kini dia lebih bersedia untuk menempuh pelbagai cabaran baru sepanjang berada dalam program ini. Dia bukan saja bersedia dari segi mental, tetapi juga fizikal. “Saya menyertai program ini untuk bereksperimen dan menguji kebolehan diri saya. Saya akui ada masalah gemuruh atau ‘stage fright’ apabila berhadapan dengan ramai orang.
“Untuk program ini, satu tanggungjawab apabila kami semua mewakili negeri masing-masing dalam program ini. Saya tidak rasa saya lebih bijak daripada sesiapa, tetapi saya ingin memperbaiki diri sendiri dan menjadikan program ini sebagai platform,” katanya.

Shazreena berkata, dalam program itu mereka diberi tugasan mengajar anak Orang Asli di kampung itu secara percuma. Selain itu, mereka juga terbabit dalam penyerahan sumbangan berupa barang keperluan harian kepada penduduk di situ,” katanya.
Untuk aktiviti seterusnya, semua peserta akan bergotong-royong membersihkan pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan. “Selain memiliki tahap IQ yang lebih tinggi berbanding tahap biasa, Clever Girl Malaysia juga ingin membuktikan mereka mempunyai nilai murni dalam diri,” katanya.
0 comments:
Post a Comment