Kisah filem bersiri adaptasi novel Divergent ciptaan Veronica Roth belum menemui penghujungnya. Seperti filem Harry Potter, Twilight dan Hunger Games, novel terakhir Divergent iaitu Allegiant dibahagikan kepada dua sekuel.

Selepas berjaya menewaskan ketua Erudite dalam sekuel kedua, Allegiant pula memaparkan penemuan Tris, Four dan beberapa rakan mereka selepas berjaya menyelinap keluar dari kota. Kemudian, kumpulan itu bertemu bekas pelatih Four, Amar dan Zoe yang membawa mereka ke sebuah biro dikendalikan di bawah kerajaan.
Di sana, Tris dan rakan-rakannya mendapat tahu mengenai kebenaran mengejutkan mengenai kota yang didiami mereka selama ini. Namun, kumpulan itu sekali lagi berdepan cabaran baru dan Tris perlu membuat keputusan bijak demi menyelamatkan semua penghuni di kota itu.

“Tris dan Four agak meragui untuk menyertai organisasi baru itu namun pada masa sama berminat dengan kemewahan yang tidak terdapat di tempat tinggal mereka,” katanya.
Pelakon berusia 24 tahun itu berkata, paling menarik dalam filem itu adalah perkembangan plot cerita yang membuatkan Tris dan Four mula tidak sehaluan. “Pasangan kekasih itu sudah kurang berkomunikasi. Pada masa sama, Tris dan Four mula melihat sisi berlainan David yang menjadi punca hubungan mereka berantakan,” katanya.
Kata Woodley lagi, dia sudah tidak sabar menanti bagaimana kisah Divergent berakhir dalam sekuel Ascendant nanti. “Malah, saya juga tidak sabar kembali ke layar perak bersama Theo untuk penggambaran sekuel terakhir,” katanya.

Barisan pelakon lain yang kembali membintangi filem ini ialah Naomi Watts, Maggie Q, Ansel Elgort dan Zoe Kravitz.
0 comments:
Post a Comment