My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 8 March 2016

    Awie Dibebaskan Dari Tuduhan Cederakan Isteri


    Penyanyi rock Awie dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya, Rozana Misbun oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini semalam selepas kedua-dua pihak bersetuju kes itu diselesaikan dengan cara membayar kompaun RM10,000 dan Awie memohon maaf. 

    Vokalis kumpulan Wings atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, kemudian memohon maaf secara terbuka kepada Rozana, 38. “Saya, Ahmad Azhar Othman, dengan tulus ikhlas dan suci hati, dengan mengambil kira kebajikan anak-anak dan demi menjimatkan masa mahkamah yang mulia ini, dengan ini mengemukakan permohonan maaf kepada Rozana.

    “Saya dan Rozana bersetuju bahawa ini merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan episod hitam dalam hidup kami dan bagi kami meneruskan perjalanan hidup masing-masing,” kata penyanyi itu pada prosiding yang sepatutnya ditetapkan untuk perbicaraan.

    Terdahulu, Majistret Ayuni Izzati Sulaiman bertanyakan Rozana sama ada dia bersetuju kesalahan bekas suaminya dikompaun sebanyak RM10,000 sebelum wanita itu mengangguk-angguk kepalanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Awie Dibebaskan Dari Tuduhan Cederakan Isteri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top