Bekas pemain bola sepak pasukan Piala Presiden T-Team dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan memberi keterangan palsu ketika menjadi saksi dalam satu kes perbicaraan mengatur perlawanan membabitkan pasukan itu dengan Pahang pada Februari 2010.
Keputusan itu dibuat Hakim Murtazadi Amran selepas Mohd Azuan Hussein, 24, dari Kampung Pak Sik, Keruak, Jertih, Besut didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 27(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

“Bagaimanapun, dalam kes ini mahkamah turut mengambil kira faktor usianya yang masih muda dan percaya mempunyai masa depan yang cerah, jadi mahkamah memberi peluang kepadanya dengan harapan hukuman yang diberikan dapat memberi keinsafan untuk dirinya dan masyarakat di luar sana supaya tidak melakukan jenayah rasuah pada masa akan datang,” katanya.
Mengikut pertuduhan, Mohd Azuan didakwa memberi keterangan yang tidak selaras ketika perbicaraan kes bekas jurulatihnya iaitu K Rajendran dan Sufian Ngah di depan Hakim Mahkamah Sesyen di Mahkamah Sesyen 1 Kuala Terengganu antara jam 10 pagi hingga 1 petang pada 3 Disember 2012.
0 comments:
Post a Comment