My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 11 March 2016

    Dosa Mahathir Terlalu Besar Untuk Dimaafkan Oleh Pembangkang



    Ketika ramai yang menjangkakan, Tun Dr Mahathir Mohamed akan mudah diterima masuk kedalam Pakatan Harapan kerana pembelotan beliau terhadap UMNO, beberapa orang pemimpin parti pembangkang nampaknya seolah-olah sebulat suara untuk langsung tidak mengampunkan segala dosa-dosa Mahathir terhadap mereka sebelum ini.

    Sewaktu beliau mengumumkan penyatuan beramai-ramai musuh politik Datuk Seri Mohd Najib di Dewan Alumni, Universiti Malaya minggu lalu, ramai yang menganggap, beliau akan disambut sebagai hero dalam pakatan berkenaan. Namun beberapa hari selepas itu, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah menghantar isyarat jelas kepada Tun M.

    Jelas Datin Seri Wan Azizah, walaupun Datuk Seri Azmin Ali hadir dan menandatangani Deklarasi Rakyat berkenaan, namun ianya bukan bererti PKR akan akur kepada deklarasi berkenaan. Apa yang paling utama bagi PKR adalah pembebasan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara.

    Malah, anak beliau sendiri, Nurul Izzah Anwar dilihat enggan melayan sebarang soalan yang diajukan terhadapnya berkenaan Tun M. Dalam satu sidang media khas, Datin Seri Wan Azizah sendiri dilihat enggan mengulas samada bersedia memaafkan segala salah silap Tun M terhadap beliau dan keluarga.

    Sebaliknya, beliau menegaskan sekali lagi bahawa PKR hanya akan akur kepada Deklarasi berkenaan andai Tun M bersedia membantu PKR dalam memperjuangkan kebebasan Anwar. Tidak lama kemudian, Tun M akhirnya akur kepada permintaan PKR. Namun begitu, reaksi keras masih ditunjukkan oleh Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah.

    Begitu juga dengan DAP. Lim Kit Siang mahupun Lim Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan bersama bahawa penyertaan mereka didalam Deklarasi berkenaan bukan menandakan mereka memaafkan Tun M terhadap kekerasan politik yang dikenakan terhadap mereka sebelum ini.

    Menurut Kit Siang, penyertaan mereka kedalam deklarasi berkenaan hanyalah bertujuan untuk menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib, bukan bertujuan bersetuju UMNO atau Barisan Nasional kekal sebagai kerajaan. Mereka menegaskan, andai Datuk Seri Mohd Najib berjaya dijatuhkan, sesiapa sahaja dari Pakatan Harapan akan menerajui kerajaan baru nanti.

    Ini juga dijawab dengan mudah oleh Tun M dimana beliau sendiri mengakui, tidak kisah sesiapa sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri asalkan matlamat asal beliau untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib berjaya.

    Tidak terhenti disitu, Exco DAPSY, Dyana Sofya pula mendedahkan, DAP tidak pernah walau sekalipun memaafkan apa yang pernah dilakukan oleh Tun M terhadap mereka sejak dari dahulu lagi. Beliau mengingatkan bahawa penyertaan DAP kedalam Deklarasi itu hanyalah bersifat politik semata-mata, bukan membina sekutu dan memaafkan semua salah Tun M.

    Kini, terserlahlah kerapuhan deklarasi berkenaan. Tun M sebenarnya masih keseorangan disamping kuncu-kuncu beliau sendiri yang kini hanya menunggu masa untuk tidak lagi dinaungi oleh UMNO dan Barisan Nasional selaku parti induk. Kemanakah arah tuju Tun M selepas ini dalam rancangan kotornya ini? Sesungguhnya, Tun M sendiri tidak ada petunjuk tentang perkara ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dosa Mahathir Terlalu Besar Untuk Dimaafkan Oleh Pembangkang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top