"Raja Penipu Malaysia", Rafizi Ramli dilihat sengaja mahu mencetuskan suasana tidak tenteram dan panik di Dewan Rakyat semalam dengan melemparkan pelbagai perkara yang jelas tidak masuk akal berhubung beberapa pertikaian tentang isu Tabung Haji.
Pada Sidang Dewan Rakyat semalam, Rafizi telah memberikan gambaran kononnya terdapat kelemahan pengurusan kewangan Lembaga Tabung Haji sehingga membangkitkan pertikaian antara beliau dengan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

Ini membuktikan bahawa Tabung Haji tidaklah seteruk seperti yang digambarkan oleh Rafizi. Apa yang nyata, tindakan Rafizi ini dilihat seolah-olah sengaja mahu mencetuskan suasana panik dikalangan pelabur dan hasrat beliau sebenarnya untuk melihat satu-satunya perbankan berasaskan Islam sepenuhnya gulung tikar.
Dalam pada itu, Datuk Noor Ehsan memperincikan pemberian bonus dan dividen yang telah diberikan oleh Tabung Haji sebelum ini. Pihak Tabung Haji dalam pengumumannya sebelum ini melaporkan sebanyak RM3.23 bilion dividen dan bonus telah diagihkan kepada pendeposit dan daripada jumlah tersebut, kadar dividen kepada pendeposit tahun 2015 adalah sebanyak 5 peratus, sementara tambahan bonus haji sebanyak 3 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji.
Seperti enggan menerima kenyataan, seorang lagi Ahli Parlimen Pembangkang yang mewakili Kapar, Manivanan Gowind sengaja membuat kecoh bagi mengalih tumpuan dan perhatian daripada penjelasan yang cuba dibuat. Tidak dapat dipastikan kenapa, namun dipercayai cubaan Manivanan ini adalah untuk menyelamatkan Rafizi dari terus diasak oleh Datuk Noor Ehsanuddin dengan pelbagai fakta yang langsung gagal disanggah lagi oleh Rafizi.

Namun, ketika diasak tentang persoalan ini, beliau lebih banyak membisu atau memarahi mereka yang bertanyakan tentang simpanan beliau berkenaan. Memang cukup aneh, kenapa Rafizi masih melilih untuk meyimpan didalam Tabung Haji sedangkan beliau sendiri bertindak menghentam Tabung Haji tanpa henti.
Apa yang pasti, tindakan penuh berani Datuk Noor Ehsanuddin yang menyekolahkan Rafizi di Dewan Parlimen semalam, amat wajar di puji. Rafizi harus didiamkan dari terus mengeluarkan kenyataan bodoh dan penuh retoriknya, hanya semata-mata mahu dilihat sebagai hero dalam meperjuangkan satu-satu isu. Tahniah Datuk Noor Ehsanuddin diatas keberanian berkenaan.
0 comments:
Post a Comment