Dua lelaki warga Australia ditahan pihak polis selepas merempuh kawalan keselamatan bagi menemu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan rasminya ke Masjid Darul Ehsan di Kampung Haji Baki di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.35 malam, dua lelaki berusia 39 dan 51 tahun yang mendakwa diri mereka sebagai wartawan Australia Broadcasting Corporation (ABC) itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan dekat sini untuk disoal siasat.
Katanya, kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. “Saya sahkan polis menahan dua lelaki berkenaan ketika mereka merempuh kawalan keselamatan bagi menemu bual Perdana Menteri. Tindakan dua lelaki berkenaan tidak wajar kerana program Perdana Menteri malam tadi (kelmarin) tiada sebarang sesi temu bual atau sidang akhbar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sebelum menghadiri Mesyuarat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Hotel Hilton di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment