My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 14 March 2016

    Ratu Cantik Platform Promosi Keunikan Budaya

    PROMOSI BUDAYA: Rachelle (dua, kanan) menyampaikan cenderahati kepada Sari. Turut kelihatan Janet (kiri), Eliza (dua, kiri) dan Xandria.

    Pengasas RNG Consultancy Sdn Bhd, Rachelle Ng berkata, pertandingan ratu cantik bukan berasaskan kecantikan semata-mata tetapi menjadi platform untuk mempromosi keindahan budaya di Malaysia termasuk Sabah. 

    Menurutnya, pihaknya telah pun menganjurkan pertandingan ratu cantik yang melibatkan empat gelaran iaitu Miss Malaysia Tourism 2015/16, Miss Malaysia Tourism Queen of the Year 2015/16, Miss Malaysia Tourism Metropolitan dan juga Malaysia Globe 2015/16.

    Katanya, daripada pertandingan itu, Sabah telah berjaya mendapat dua tempat iaitu Miss Malaysia Globe 2015 yang dimenangi oleh Janet Fabian, 27, dan juga Xandria Ban yang berjaya merebut gelaran Miss Malaysia Tourism 2015.

    “Dalam pertandingan ini, dua wakil daripada Sabah berjaya meraih gelaran dan menjadi peluang kepada mereka untuk mempromosi Malaysia khususnya Sabah sebagai destinasi yang indah dari segi alam semula jadinya serta kepelbagaian etnik dan budaya di negeri ini,” katanya ketika memberikan penerangan ringkas kepada media mengenai pertandingan terbabit di Zara’s Boutique Hotel, di Kota Kinabalu kelmarin.

    Hadir sama Pengarah Sri Pelancongan Datuk Sari Suhut dan Pengarah Urusan Zara’s Boutique Hotel, Eliza Goh. Rachelle turut mengumumkan Xandria akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Miss Tourism Internatonal World Final yang dijangkakan pada Jun ini di Halong Bay, Vietnam manakala, Janet telah pun mewakili negara ke pertandingan Miss Tourism Queen of the year International 2015/16 yang diadakan di Kuala Lumpur pada Disember lalu.

    “Berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika menjadi Miss Tourism Malaysia 2005, saya begitu menghargai peluang yang diberikan dan akan menjadikan itu sebagai kenangan yang terindah, persahabatan yang terjalin dan juga sebagai pengalaman berharga. Secara peribadinya, saya percaya menjadi ratu cantik adalah lebih daripada gelaran semata-mata dan juga tiara.

    “Tetapi ia adalah melibatkan apa yang kita percaya dan juga sebagai pembelajaran berterusan untuk meningkatkan diri agar dapat memberikan semula kepada masyarakat,” tambahnya.

    Tegas Rachelle, tanpa mengira asal peserta, tujuan utama pertandingan itu adalah untuk mempromosi negara ini di mata dunia dan berharap wakil ratu akan mempelajari lebih mendalam terhadap keunikan yang ada di negeri ini selain membawa perubahan positif kepada masyarakat secara umumnya.

    “Objektif utama kita adalah memperkenalkan keindahan negara Malaysia dalam pelancongan, fesyen, kesenian, budaya, pendidikan dan juga kegiatan amal.

     “Melalui program ini kita juga dapat memperkenalkan pelancongan di 13 buah negeri dan juga tiga wilayah persekutuan termasuk dari segi kebudayaan kepada negara luar agar negara ini lebih dikenali,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ratu Cantik Platform Promosi Keunikan Budaya Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top