My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 14 March 2016

    Enam Maut Dalam Insiden Bot Berlanggar


    Enam termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut apabila bot yang mereka naiki ketika dalam perjalanan pulang dari majlis berinai di Kampung Penimbawan berlanggar sebelum kedua-dua bot berkenaan karam di Sungai Serusop di sini kelmarin. 

    Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, lima daripada mangsa merupakan perempuan. Mereka ialah Salumal Maid, 46 dan anak perempuannya, Nurqaseh Salim, 5, Jiah Maidin, 23, Ainul Hahnam Ajaran, 30, Nurul Hazda Husin, 20.

    Seorang lagi ialah lelaki, Wong Vun Chong, 47. Difahamkan, Salumal dan Vun Chong merupakan anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) manakala Ainul dan Nurul Hazda pekerja syarikat peruncit Jakel.

    Pemang­ku Ketua Polis Daerah Tuaran, Asisten Superintendan Raji Hussin Suhodin berkata, siasatan awal mendapati, semasa kejadian terdapat dua buah bot yang melalui kawasan sama di sungai terbabit.

    Katanya, sebuah bot membawa 10 orang dari Kampung Penimbawan me­nuju ke Jeti Serusop manakala sebuah bot lagi membawa 20 orang dari arah bertentangan. Difahamkan, sebelum perlanggaran berlaku, bot dari Penimbawan sempat menyuluh lampu suluh­nya ke arah bot dari Jeti Serusop memaksa bot berkenaan mengelak dalam keadaan melintang sebelum bertembung pada bahagian kanan bot.

    “Sebaik perlanggaran berlaku, kesemua mangsa dari ke­dua-dua bot te­lah tercampak ke dalam sungai. Ada antara mereka berenang ke kawasan hutan paya, memaut pada bot tetapi selebihnya lemas,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam. Jarak lokasi perlanggaran terbabit adalah kira-kira satu kilometer dari Jeti Serusop.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Enam Maut Dalam Insiden Bot Berlanggar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top