My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 14 March 2016

    Apa Sebenarnya Yang Berlaku Didalam Sayap Puteri UMNO Hari Ini?




    Adalah sesuatu yang agak menghairankan apabila seseorang pemimpin bertindak menggugurkan orang bawahannya tanpa sebab yang nyata. Inilah yang berlaku terhadap Pergerakan Puteri UMNO apabila dikhabarkan telah menggugurkan Ketua Puteri Terengganu, Puan Rozita Ismail dari jawatannya, hanya bersandarkan kepada alasan, menguatkan parti?

    Ramai yang tertanya-tanya, apa yang sebenarnya sudah berlaku? Perlucutan jawatan Rozita ini nyata mendapat pelbagai reaksi daripada Pergerakan Puteri UMNO Terengganu kerana beliau dikhabarkan, tidak pernah tidak menyokong kepimpinan Datuk Seri Ahmad Razif dan Datuk Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri Malaysia.

    Ramai dikalangan ahli Puteri UMNO tertanya-tanya, apa rasionalnya menggugurkan orang yang setia kepada kepimpinan parti negeri dan pusat hanya dengan alasan menguatkan parti?

    Ia menggambarkan seolah-olah terdapat sesuatu yang tidak kena terhadap Pergerakan Puteri hari ini. Walaupun Ketua Puteri UMNO itu sendiri, Datuk Mas Ermieyati sendiri pernah menyatakan sokongan pergerakan berkenaan terhadap Datuk Seri Mohd Najib, namun menggugurkan mereka yang taat kepada kepimpinan merupakan satu tindakan yang nyata tidak bijak.

    Rozita dikhabarkan mempunyai pengikut yang ramai yang majoritinya adalah penyokong kuat kerajaan negeri dan pusat. Adakah disebabkan kesetiaannya, beliau digugurkan dari jawatan beliau sekarang?

    Adakah salah jika seseorang ketua pergerakan UMNO sendiri menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan secara terbuka? Bukankah ini melambangkan kekuatan parti secara keseluruhan?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Apa Sebenarnya Yang Berlaku Didalam Sayap Puteri UMNO Hari Ini? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top