Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dikenali sebagai seorang ahli politik yang mewarisi parti daripada suaminya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang sentiasa dilihat sebagai "orang suruhan" Anwar untuk mewakilinya dalam setiap pilihan raya kecil bagi membolehkan wanita ini menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila beliau pernah hampir menjadi Menteri Besar Selangor berikutan peristiwa Langkah Kajang yang berlaku pada tahun 2014. Kemudian, beliau bertindak menjadi calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil P044 Permatang Pauh yang terpaksa dikosongkan oleh suami beliau setelah Anwar didapati bersalah kerana meliwat.
Wan Azizah juga dikenali sebagai seorang yang sukar untuk turun padang. Lihat sahaja bagaimana beliau melayan penduduk Kajang yang memilih beliau untuk menjadi wakil rakyat di sana. Di Permatang Pauh pula, ramai dikalangan pengundi mengeluh, akan kesukaran mereka bertemu Wan Azizah yang menjadi pilihan mereka untuk menjadi suara dan wakil mereka di Parlimen.
Jadi tidak hairanlah semasa Wan Azizah turun padang untuk melawat Parlimen yang beliau jaga, beliau disambut dengan kemarahan salah seorang peniaga di kawasan yang beliau wakili. Inilah akibatnya apabila terlalu berat untuk melawat kawasan sendiri, akhirnya pengundi kawasannya sendiri memarahi beliau.
Ini adalah video berkenaan.
0 comments:
Post a Comment